Tuesday, August 19, 2008

Sehari di MAHA 2008

Pada 13 Ogos yang lepas, Agrihills telah ke MAHA yang diadakan di Serdang. Bertolak pagi dari Kelana Jaya, sampai di MAHA pada pukul 10.30 pagi. Kali ini, Agrihills yang masih baru, pergi sebagai pengunjung dan penggiat bidang pertanian sahaja dan bukan sebagai peserta MAHA. Mungkin pada MAHA 2010 :) in'ALLAH

MAHA 2008 yang bermula pada pukul 10.30 itu sudah pun menerima pengunjung yang ramai sejak pagi lagi, dari budak-budak sekolah dan kolej ke penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Bayaran bagi parking adalah RM5, agak mahal tapi rasanya, sudah pun diturunkan pada minggu cuti sekolah ini, bagi tidak membebankan mereka yang berkeluarga untuk datang. Pengunjung juga dikenakan charge sebanyak RM1 untuk menaiki perkhidmatan tram yang membawa mereka pusing satu kawasan MAHA. Kalau nak berjalan memang lah tak larat!

MAHA kali ini, banyak improvement dari segi perkhidmatan tram yang banyak, kaunter pertanyaan yang banyak, penyediaan dewan tempat makan yang selesa dan penambahan booth pameran yang menarik. Mungkin feedback dari MAHA yang lepas telah banyak memberi pengajaran kepada panganjur.
Namun begitu, satu saja perkara yang agak tidak memuaskan dan mengejutkan. Ia adalah jualan buah buahan tempat yang terdapat di MAHA 2008. Jika dibandingkan harga antara buah buahan yang dijual di MAHA dengan buah buahan yang dijual diluar seperti di tepi jalan atau pun di pasar, jauh bezanya. Buah di MAHA 2008 agak tinggi harganya, ada juga yang sama harga dengan diluar.
Ikutkan pengalaman, di pameran pertanian seperti MAHA ini, sudah tentu pengunjung yang datang mengharapkan untuk membeli buah buahan tempatan dengan harga yang sedikit murah. Sememangnya jangkaan itu meleset. . .

Anyways, here are some photos to share with!

No comments: