Tuesday, August 19, 2008

Keadaan tanaman di ladang

Seperti yang di war warkan pada awal blog, Agrihills bercadang untuk menanam Betik sebagai tanaman utama. Namun cadangan atau perancangan itu terpaksa di tangguhkan dahulu, oleh kerana tanah yang dikhaskan untuk penanaman betik belum habis dibajak. Untuk tidak membuang masa menunggu betik, Agrihills telah pon mula menanam cash crop, iaitu tanaman cili, kacang buncis, terung dan jagung. Tanaman tanaman ini di tanam sejak bulan Mac dan kini telah menampakkan hasil yang memuaskan. Tanaman cili dibahagi kepada dua, satu di dalam poli bag dan satu ditanam secara konvensional diatas tanah. Terung pula ada terung panjang dan bulat.

No comments: