Tapak projek Agrihills terletak di dalam Taman Projek Pertanian Moden di Lanchang, Temerloh Pahang. Tanah ini adalah di bawah projek pembangunan pertanian tajaan Kementerian pertanian Malaysia yang merangkumi kawasan seluas 10,000 ekar. Peruntukan untuk Agrihills adalah di Lot 75, dengan keluasan tanah sebanyak 100 ekar.
Tanah projek ini berada 7 kilometer dari susur keluar Lanchang di Lebuhraya Pantai Timur. Di lokasi ini, pembangunan infrastruktur jalanraya telah di laksanakan dan struktur saliran air yang lengkap dan effisyen sedang dalam pembinaan. Buat masa ini, punca air bagi tapak tanah projek ini adalah dari air bawah tanah dan sungai.

Tanah projek pertanian ini berstatus hak milik kerajaan negeri dan di pajak kepada syarikat pada kadar RM100 seekar untuk tempoh 30 tahun dengan opsyen untuk lanjutan selama 30 tahun.
No comments:
Post a Comment