Wednesday, August 6, 2008

Betik Eksotika ISE

Tanaman utama yang akan diusahakan ialah tanaman betik. Buah Betik jenis Eksotika ISE Hybrid yang dikhususkan untuk tujuan eksport. Variety ini mempunyai ciri ketahanan kepad apenyakit dan mempunyai tempoh simpanan untuk pengangkutan yang lebih lama. Jadi ia amat sesuai untuk dieksport ke luar negara. Buah Betik Eksotika ISE, akan ditanam serentak dan mengikut jadual untuk menghasilkan buah yang konsisten dari segi saiz dan warna. Hasil tuain dijangka akan berterusan untuk selama 21 bulan setiap pusingan.

Agrihills juga mengamalkan konsep 'Contract Farming' bersama dengan beberapa pihak. Bagi tanaman Betik Eksotika ISE, Agrihills akan bekerjasama dengan Malaysian Agrifood Corporation atau MAFC.

Photobucket

Sebuah syarikat milik Khazanah Nasional yang dipertanggungjawabkan untuk memasarkan produk pertanian ke luar negara. Segala proses penggredan, pembungkusan dan pengangkutan akan dibuat oleh MAFC dengan kemudahan 'Pusat Pemgumpulan' yang didirikan di Lanchang. Dengan konsep 'Fresh on Farm' pembungkusan yang dilakukan dapat menjamin kesegaran dan kualiti buah apabila dieksport.

Bagi tanaman-tanaman yang lain, Agrihills akan menjalankan juga 'contract farming' dengan pihak FAMA. Selain 'contract farming', Agrihills akan mengenalpasti dan membina rangkaian penjualan terus bagi pasaran tempatan.

No comments: