MAHA 2008 yang bermula pada pukul 10.30 itu sudah pun menerima pengunjung yang ramai sejak pagi lagi, dari budak-budak sekolah dan kolej ke penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Bayaran bagi parking adalah RM5, agak mahal tapi rasanya, sudah pun diturunkan pada minggu cuti sekolah ini, bagi tidak membebankan mereka yang berkeluarga untuk datang. Pengunjung juga dikenakan charge sebanyak RM1 untuk menaiki perkhidmatan tram yang membawa mereka pusing satu kawasan MAHA. Kalau nak berjalan memang lah tak larat!
Tuesday, August 19, 2008
Sehari di MAHA 2008

MAHA 2008

Monday, August 18, 2008
Earthwork di Lanchang
Tapak Projek
Tanah projek ini berada 7 kilometer dari susur keluar Lanchang di Lebuhraya Pantai Timur. Di lokasi ini, pembangunan infrastruktur jalanraya telah di laksanakan dan struktur saliran air yang lengkap dan effisyen sedang dalam pembinaan. Buat masa ini, punca air bagi tapak tanah projek ini adalah dari air bawah tanah dan sungai.
Tanah projek pertanian ini berstatus hak milik kerajaan negeri dan di pajak kepada syarikat pada kadar RM100 seekar untuk tempoh 30 tahun dengan opsyen untuk lanjutan selama 30 tahun.
Wednesday, August 6, 2008
Betik Eksotika ISE
Agrihills juga mengamalkan konsep 'Contract Farming' bersama dengan beberapa pihak. Bagi tanaman Betik Eksotika ISE, Agrihills akan bekerjasama dengan Malaysian Agrifood Corporation atau MAFC.
Sebuah syarikat milik Khazanah Nasional yang dipertanggungjawabkan untuk memasarkan produk pertanian ke luar negara. Segala proses penggredan, pembungkusan dan pengangkutan akan dibuat oleh MAFC dengan kemudahan 'Pusat Pemgumpulan' yang didirikan di Lanchang. Dengan konsep 'Fresh on Farm' pembungkusan yang dilakukan dapat menjamin kesegaran dan kualiti buah apabila dieksport.
Bagi tanaman-tanaman yang lain, Agrihills akan menjalankan juga 'contract farming' dengan pihak FAMA. Selain 'contract farming', Agrihills akan mengenalpasti dan membina rangkaian penjualan terus bagi pasaran tempatan.
Tuesday, August 5, 2008
Konsep Penanaman
Tanaman utama yang akan dijalankan oleh Agrihills adalah tanaman buah betik dan di ikuti oleh tanaman sayur sayuran atau dipanggil tanaman cepat-tuai.
Dengan menggunakan konsep ini:
- menjamin jumlah pengeluaran yang tinggi
- membolehkan pulangan keuntungan sepanjang tahun
- menggalakkan aktiviti pertanian yang selamat dan di iktiraf oleh agensi agensi seperti Good Agriculture Practice (GAP) dan Good Agriculture Practice Scheme Malaysia (SALM)

Visi dan Misi
1. Memperbaiki dan menaik-taraf kualiti, keselamatan dan ketahanan produk (tanaman) sataraf dengan antarabangsa
2. Menjadikan malaysia sebagai salah satu negara pembekal makanan dunia yang berpengaruh dengan perancangan yang rapi dan tersendiri
3.Mengadakan kerjasama dengan usahawantani yang lain serta agensi kerajaan untuk menjayakan sektor pertanian negara